Pelaksanaan komunikasi kepemimpinan dalam organisasi pengamal pengurusan kualiti Msiso 9001 di Malaysia

Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang proses amalan komunikasi kepemimpinan dalam organisasi pengurusan kualiti yang telah memperoleh anugerah persijilan MS ISO 9001 daripada SIRIM Berhad di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Raja Abd. Rahman, Raja Roslan, Mohd. Yusof, Abu Bakar, Yahaya, Azizi, Hassan, Mohd. Salleh
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10612/1/2.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10612/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang proses amalan komunikasi kepemimpinan dalam organisasi pengurusan kualiti yang telah memperoleh anugerah persijilan MS ISO 9001 daripada SIRIM Berhad di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melalui kajian kes, iaitu temu bual secara mendalam dengan informan yang terdiri daripada pengurusan atasan dan kakitangan bawahan di tiga organisasi yang telah mendapat anugerah sijil MS ISO 9001. Terdapat empat kategori dan sembilan sub-kategori telah ditemui dalam penemuan kajian yang menjawab persoalan kajian ini. Kategori pertama, pemimpin atasan perlu memahami bentukbentuk dan jenis-jenis kemahiran komunikasi dalam amalan komunikasi kepemimpinan termasuk komunikasi lisan dan bukan lisan, komunikasi kumpulan kecil, komunikasi budaya organisasi, dan komunikasi awam di organisasi pengurusan kualiti. Kategori kedua, pemimpin harus memahami teknik dan strategi komunikasi kepemimpinan seperti perlu mempelbagaikan strategi dan gaya komunikasi kepemimpinan dalam organisasi mereka. Kategori ketiga dalam amalan komunikasi kepemimpinan ialah kemampuan pemimpin memahami perkaitan amalan komunikasi kepemimpinan dengan pengekalan pencapaian anugerah Persijilan MS ISO 9001. Ini adalah penting kerana pemimpin harus meningkatkan ciri-ciri peribadi mereka sebagai pemimpin atasan dalam komunikasi kepemimpinan ke arah memastikan pengiktirafan anugerah tersebut berkekalan. Kategori terakhir, pemimpin perlu memahami konsep amalan komunikasi kepemimpinan terutamanya memahami bahawa amalan komunikasi kepemimpinan bergantung kepada situasi organisasi dan gaya kepemimpinan transformasi serta kepemimpinan altruistik.