Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi Dan Berkomunikasi Dalam Kalangan Bakal Guru Sains

Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik. Kajian tahap kefahaman proses sains iaitu kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains telah dijalankan. Seramai 39 orang peserta kajian daripada Program Pendidikan Sains...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noordin, Shaharom, Awang, Zaidah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10604/1/TAHAP_KEFAHAMAN_KEMAHIRAN_MENTAKRIF_SECARA_OPERASI_DAN.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10604/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik. Kajian tahap kefahaman proses sains iaitu kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains telah dijalankan. Seramai 39 orang peserta kajian daripada Program Pendidikan Sains terlibat dalam kajian ini. Terdapat tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu tahun pengajian, latar belakang akademik dan PNGK. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi (USAINS)dengan nilai kebolehpercayaan iaitu α = .707. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi secara keseluruhannya adalah baik. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi merentas tahun pengajian iaitu pelajar 3SPN dan pelajar 4SPN berada pada tahap kefahaman baik tetapi terdapat perbezaan dalam merentas latar belakang akademik dan PNGK. Pelajar berlatar belakang akademik STPM dan Diploma berada pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar berlatar belakang akademik Matrikulasi berada pada tahap kefahaman baik. Di samping itu,pelajar yang mempunyai PNGK lebih besar atau sama dengan 3.67 (PNGK ≥ 3.67) berada pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar yang mempunyai PNGK lebih kecil atau sama dengan 3.66 tetapi lebih besar atau sama dengan 3.00 (3.00 ≤ PNGK ≤ 3.66) berada pada tahap kefahaman baik.