Kesediaan Pelajar Wanita Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini adalah satu tinjauan mengenai kesediaan pelajar wanita melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia dari aspek fizikal, emosi, minat dan sikap. Tinjauan ini juga bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buntat , Yahya, Sulaiman, Noor Atiqah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10577/1/Kesediaan_Pelajar_Wanita_Melibatkan_Diri_Dalam_Aktiviti_Kolej_Kediaman_Pelajar.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10577/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah satu tinjauan mengenai kesediaan pelajar wanita melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia dari aspek fizikal, emosi, minat dan sikap. Tinjauan ini juga bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Sampel untuk kajian ini adalah terdiri daripada pelajar wanita yang tinggal di tiga buah kolej dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia iaitu Kolej Tun Fatimah, Kolej Datin Seri Endon dan Kolej 9. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen untuk kajian ini. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan Cronbach’s Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.886. Seramai 254 orang pelajar wanita dipilih mewakili populasi. Penyelidik menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS for window version 11.5), untuk menganalisis data kajian bagi perhitungan min, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar wanita bersedia melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Pelajar wanita memerlukan tubuh badan yang sihat dan cergas serta emosi yang stabil supaya bersedia melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati dan majoriti pelajar bersikap positif terhadap aktiviti yang dijalankan. Pelajar wanita bersedia melibatkan diri dalam aktiviti kolej terutamanya dalam aktiviti berbentuk keagamaan dan bersikap positif terhadap aktiviti kolej yang dapat membentuk sikap positif dalam diri mereka. Faktor rakan sebaya, faktor bakat dan kebolehan serta faktor insentif memainkan peranan yang penting mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kolej. Penyelidik juga memberikan beberapa cadangan untuk meningkatkan penglibatan pelajar wanita dalam aktiviti kolej dengan mengharapkan komitmen pihak kolej serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).