Pembangunan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Bagi Pengatucaraan Actionscript 3.0 Khusus Untuk Perisian Adobe Flash CS3

Tahap penguasaan dan pemahaman bagi setiap individu dalam menguasai sesuatu pembelajaran adalah berbeza, dimana ia mampu membawa kepada pembelajaran yang tidak konsisten. Jesteru itu, perlu wujudnya satu inisiatif untuk mempermudahkan dan membantu melancarkan pengajaran dengan mempertimbangkan tahap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aris, Baharuddin, Md Arifin, Kamarularifin
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10565/1/Pembangunan_Modul_Pengajaran_Kendiri.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10565/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tahap penguasaan dan pemahaman bagi setiap individu dalam menguasai sesuatu pembelajaran adalah berbeza, dimana ia mampu membawa kepada pembelajaran yang tidak konsisten. Jesteru itu, perlu wujudnya satu inisiatif untuk mempermudahkan dan membantu melancarkan pengajaran dengan mempertimbangkan tahap penguasaan individu. Penggunaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bagi bahasa pengaturcaraan Actionscript 3.0 khusus untuk perisian Adobe Flash CS3 menyediakan peluang yang seimbang bagi individu mempelajari sesuatu topik pengaturcaraan berdasarkan minat, motivasi, kadar pembelajaran, dan gaya pembelajaran individu. Pembangunan MPK menerapkan komponen-komponen rekabentuk yang dinyatakan di dalam Model Meyer. Isi kandungan pembelajaran kendiri dirancang berdasarkan teori pembelajaran kognitif dan konstruktif. Pembelajaran juga dirancang agar ia berkemampuan untuk menstruktur dan mengukuhkan kerangka pemahaman individu supaya pembelajaran berlaku di sepanjang hayat (life-long learning). MPK ini juga merupakan satu prototaip pertama seumpamanya dalam menghasilkan satu rujukan bagi bahasa pengaturcaraan Actionscript 3.0 bagi individu-individu yang baru berjinak-jinak dengan bahasa pengaturcaraan khusus di dalam pembangunan perisian interaktif berasaskan teknologi Flash yang dibangunkan menggunakan bahasa Melayu.