Aplikasi Mel Elektronik (E-Mel) Dan Laman Web Di Kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di UTM Skudai

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan e-mel dan laman web di kalangan 85 orang Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti (1) kemahiran asas, (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yasin, M. Al-Muz-Zammil, Md.Jali, Jamaludin
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10552/1/APLIKASI_MEL_ELEKTRONIK.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10552/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan e-mel dan laman web di kalangan 85 orang Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti (1) kemahiran asas, (2) persepsi terhadap aplikasi e-mel dan laman web, dan (3) cara penggunaan e-mel dan laman web di kalangan Guru Besar PKPGB. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mengandungi dua bahagian; bahagian A mewakili item latar belakang dan bahagian B mewakili item untuk mengukur kemahiran asas, persepsi dan cara penggunaan aplikasi e-mel dan laman web oleh Guru Besar PKPGB. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 14.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran asas Guru Besar PKPGB dalam menggunakan e-mel dan laman web berada pada tahap tinggi, persepsi Guru Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan laman web juga tinggi, manakala tahap penggunaan Guru Besar PKPGB terhadap aplikasi e-mel dan laman web berada pada tahap yang sederhana. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kemahiran asas dan cara penggunaan, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap persepsi guru besar PKPGB. Dapatan daripada ujian Anova pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman dengan kemahiran asas, persepsi dan cara penggunaan, faktor umur dengan cara penggunaan, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan kemahiran asas dan tahap persepsi guru besar PKPGB. Adalah diharapkan dapatan kajian boleh dijadikan panduan oleh perancang dalam bidang pendidikan dalam merangka latihan yang perlu bagi Guru Besar di sekolah.