Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk): Proses Menjahit ( Kelim ) Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pakaian Dan Fabrik Tahun Satu Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)
Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan kretiviti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. komputer bukan saja mampu memberi pengetahuan malah mampu mengerakkan minda pelajar dalam menghasilkan sesuatu tugasan dengan lebih baik dan kreatif. Penyelidik me...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10535/1/PEMBANGUNAN_PERISIAN_PEMBELAJARAN_BERBANTUKAN_KOMPUTER.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10535/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan kretiviti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. komputer bukan saja mampu memberi pengetahuan malah mampu mengerakkan minda pelajar dalam menghasilkan sesuatu tugasan dengan lebih baik dan kreatif. Penyelidik menjalankan kajian ini untuk membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer yang bertajuk “ Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK): Proses Menjahit (Kelim) Berdasarkan Sukatan Pelajaran Asas Pakaian dan Fabrik Tahun 1 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM”. Memandangkan perisian pembelajaran berbantukan komputer berteraskan tempatan amat terhad, maka perisian ini dibangunkan dengan harapan perisian ini dapat membantu pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan perisian ini, pelajar cepat memahami dan menguasai matapelajaran pakaian dan fabrik dengan membolehkan pelajar mengulangi isi pelajaran yang disediakan di dalam PBK ini berulang kali serta pelajar berpeluang untuk belajar secara kendiri. Wujudnya PBK ini juga dapat membantu pelajar memahami sesuatu kerja amali jahitan dengan mudah dan cepat mengikut tahap kefahaman mereka masing-masing. Model reka bentuk yang digunakan untuk pembangunan perisian PBK ini adalah model ADDIE dan berlandaskan teori pembelajaran Behaviorisme dan Kognitivisme dengan pendekatan masteri. Sebuah perisian bahasa gubahan iaitu Macromedia Authorware 7.0 serta beberapa perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS2, Sony Foundry Sound Forge 8.0 dan Macromedia Flash MX 2004 telah digunakan untuk membangunkan perisian ini. Semua perisian ini dimuatkan ke dalam cakera padat (CD) dan diformatkan sebagai “auto run” supaya bersifat mesra pengguna. Secara keseluruhannya, penyatuan elemen-elemen grafik, animasi, teks, video dan audio membolehkan pelajar berinteraktif secara aktif dalam proses pembelajaran mereka.
Menjahit (Kelim) |
---|