Perbandingan Faktor–Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Sekolah Di Bandar Dan Luar Bandar

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor–faktor yang mempengaruhi prosespengajaran dan pembelajaran komponen mata pelajaran kemahiran hidup iaitu komponenperdagangan dan keusahawanan di sebuah sekolah yang terletak di Bandar dan sebuah sekolahlahir yang terletak di luar bandar. Faktor-faktor yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Shahrin, Bailun, Herdy
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10533/1/Perbandingan_Faktor.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10533/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor–faktor yang mempengaruhi prosespengajaran dan pembelajaran komponen mata pelajaran kemahiran hidup iaitu komponenperdagangan dan keusahawanan di sebuah sekolah yang terletak di Bandar dan sebuah sekolahlahir yang terletak di luar bandar. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor kurikulum, bahan bantumengajar, gaya pengajaran guru dan persekitaran. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai AlphaCronbach ialah 0.89. Kemudian, kajian sebenar dijalankan dan maklumat diperolehi denganmengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 333 orang pelajartingkatan dua sesi 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua Skudai Johordan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah. Data-data kajian dianalisis denganmenggunakan “Statistical Package for the Social Science (SPSS)” Versi 15. Analisis yang dibuatditerjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa faktorkurikulum, bahan bantu mengajar, gaya pengajaran guru dan persekitaran mempengaruhikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di kedua-dua sekolah ini.Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian, langkah-langkah sertapendekatan yang sesuai dapat dikenalpasti untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajarandan pembelajaran sekolah terbabit. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai satugaris panduan untuk kajian yang seterusnya pada masa yang akan datang.