Permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera (tingkatan 4) di Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru . Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dan Se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Omar, Hassan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10512/1/aziziyahhassan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10512/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:101884
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru . Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dan Sekolah Menengah Teknik Tanjong Puteri. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 150 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel tidak rawak bertujuan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti terhadap 30 orang responden, dan nilai alpha cronbach adalah 0.87. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Kolerasi Pearson, Anova, Peratus, Min, Sisihan Piawai dan Ujian-t telah digunakan untuk menguji persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan masalah disiplin adalah masalah yang paling dominan diikuti masalah rakan sebaya dan masalah keluarga yang mempengaruhi pencapaian pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera. Walaupun begitu, kesemua masalah di dapati tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik kecuali masalah disiplin. Kajian juga mendapati tahap pencapaian pelajar adalah pada tahap rendah. Kajian juga mendapati bahawa tidak tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin mengikut jantina dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin dikalangan pelajar bumiputera dengan tahap pendidikan ibu bapa. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai tindakan susulan.