Tahap Kesediaan Guru Pelatih UTM Berkhidmat Di Sabah Dan Sarawak

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan guru pelatih UTM berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Responden kajian adalah terdiri daripada 164 orang guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang mengandungi maklumat berkenaan l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu, Baharin, Abdul Aziz, Azura
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10495/1/TAHAP_KESEDIAAN_GURU_PELATIH_UTM_BERKHIDMAT.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10495/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan guru pelatih UTM berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Responden kajian adalah terdiri daripada 164 orang guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang mengandungi maklumat berkenaan latar belakang responden, tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru pelatih untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Soalan terbuka pada bahagian c berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian statistik sosial sains (SPSS version 11.5 for window). Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.97. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan sikap dan kemahiran mengajar guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM berada pada tahap tinggi iaitu 3.81 dan 3.91. Walaubagaimanapun, kesediaan guru pelatih dalam menghadapi cabaran dan melakukan tugas-tugas tambahan perlu dipertingkatkan. Selain itu didapati juga bahawa guru pelatih ini hanya tahu menggunakan kaedah mengajar biasa sahaja dan kurang bersedia untuk menggunakan kaedah pengajaran pengayaan serta masteri learning. Keadaan guru pelatih ini harus diberi perhatian supaya guru pelatih mempunyai tahap kesediaan yang tinggi daripada segi sikap dan kemahiran mengajar apabila ditempatkan mengajar. Sebagai kesimpulannya, beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk mempertingkatkan lagi tahap kesediaan guru pelatih.