Penerapan PAK-21 dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa COVID-19.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan PAK-21 yang melibatkan konsep 4K iaitu komunikasi, koloborasi, kreatif dan pemikiran kritis semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi persediaan penyampaian, dan penilaian semasa semester COVID-19 terhadap pensyarah. Seramai empat orang p...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia (PPTVM)
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/104773/1/RosneynaZainalAbidinNornaziraSuhairom2022_PenerapanPAK21DalamPengajarandanPembelajaran.pdf http://eprints.utm.my/104773/ https://pptvm.wordpress.com/current/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan PAK-21 yang melibatkan konsep 4K iaitu komunikasi, koloborasi, kreatif dan pemikiran kritis semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi persediaan penyampaian, dan penilaian semasa semester COVID-19 terhadap pensyarah. Seramai empat orang pensyarah daripada 35 orang pensyarah yang mengajar kursus yang sama pada semester 1 2019/2020 dan semester COVID-19 (semester 2 2019/2020) di Sekolah Pendidikan, FSSK, UTM telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif. Para responden dikehendaki menjawab 10 item berdasarkan pelaksanaan persediaan, penyampaian, dan penilaian pengajaran semasa dalam talian terhadap penerapan 4K melalui kaedah temu bual. Melalui sesi temu bual, kaedah analisis tematik digunakan bagi melengkapkan pelaporan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa pelaksanaan persediaan pengajaran pensyarah adalah membuat perancangan pengajaran secara dalam talian, mengikuti kursus-kursus penggunaan platform pengajaran dalam talian, dan membuat persediaan video pengajaran untuk sesi pengajaran dan pembelajaran secara asynchronous. Hasil dapatan dari segi penyampaian pengajaran adalah pengajaran disampaikan dengan dua kaedah secara synchronous atau asynchronous. Aktiviti breakout session secara berkumpulan, aktiviti soal jawab, aktiviti debat dan pembentangan secara dalam talian juga dilakukan semasa penyampaian pengajaran dalam talian. Hasil bagi penilaian pengajaran adalah menilai dengan merujuk Course Learning Outcomes (CLO) atau Program Learning Outcomes (PLO) bagi menilai hasil tugasan pelajar. Cabaran dalam pengajaran juga dinilai melalui System Learning Evaluation (E-PPP) dan refleksi kendiri pelajar. Cabran dalam menerap PAK-21 semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ialah kerjasama atau koloborasi pelajar dan pensyarah kurang semasa kuliah live, komunikasi pelajar dan pensyarah didapati kurang, sesi kuliah juga kurang menarik, serta masalah pelaksanaan program dan pembelajaran bagi subjek amali. Sebagai rumusan, pensyarah perlu membuat persediaan terhadap aktiviti bagi menilai 4K dalam kalangan pelajar dan bagi pelajar juga perlulah memberi kerjasama dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian semasa semester COVID-19. |
---|