Kesedaran pelajar pendidikan TVET Universiti Teknologi Malaysia mengenai Revolusi Industri 4.0.

Pembangunan modal sosial dan ekonomi Malaysia bergantung kepada generasi muda hasil daripada sistem pendidikan negara. Pendidikan turut menjadipencetus kepada kreativiti dan inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang dikehendaki bagi bersaing dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Ishar, Mohamad Izzuan, Mohamad Fadel, Nur Syazhirah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/104640/1/NurShazhirahMohamadFadelMohamadIzzuanMohdIshar2022_KesedaranPelajarPendidikanTVETUniversiti.pdf
http://eprints.utm.my/104640/
https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/2014/987
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan modal sosial dan ekonomi Malaysia bergantung kepada generasi muda hasil daripada sistem pendidikan negara. Pendidikan turut menjadipencetus kepada kreativiti dan inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang dikehendaki bagi bersaing dalam pasaran kerjaya dan menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Oleh itu, dalam sistem pendidikan negara, guru berperanan sebagai pembina insan untuk melahirkan generasi muda dalam memenuhi keperluan etika Revolusi Industri 4.0. Justeru, kajian kuantitatif telah dilakukan terhadap pelajar yang mengikuti jurusan pendidikan TVET di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi meninjau kesedaran pelajar pendidikan TVET tentang Revolusi Industri 4.0. Borang soal selidik yang lengkap dengan 16 item yang menggunakan 5 skala Likert termasuk demografi responden telah dibina menggunakan aplikasi Borang Google dan telah diedarkan. Seramai 56 orang responden memberi maklum balas dan dapatan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 27 bagi melihat min, sisihan piawai, dan peratusan. Secara keseluruhannya, didapati kesedaran pelajar Pendidikan TVET tentang Revolusi Industri 4.0 berada pada tahap yang tinggi. Namun, terdapat beberapa item yang berada pada tahap rendah di mana pelajar tidak pernah mendengar atau mengetahui tentang kilang pintar (smart factory), data besar (big data), mesin ke mesin (M2M), dan sistem fizikal siber (CPS).