Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian Di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba

Kajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki yang dipraktikkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz al-Quran Darul Tuba (TADT), Tangkak, Johor Darul Takzim.Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Abdul Hafiz, Abdul Rahman, Norhanan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10459/1/KAEDAH_HAFAZAN_AL.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10459/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki yang dipraktikkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz al-Quran Darul Tuba (TADT), Tangkak, Johor Darul Takzim.Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang kaedah hafazan al-Quran Sistem Turki yang digunakan, keistimewaan sistem ini serta kaedah-kaedah tertentu menerusi sistem ini yang diamalkan untuk memelihara hafazan. Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan populasi dalam kelas hafazan iaitu seramai 10 orang. Set soal selidik mengandungi 44 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 12.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.921. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat pelbagai kaedah yang efektif dipraktikkan dalam sistem ini. Selain itu keistimewaan dan kaedah menjaga hafazan yang dipraktikkan dalam sistem ini juga menarik minat pelajar menghafaz dan mendalami al- Quran melalui Sistem Turki.