Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di dalam Daerah Mersing, Kumpulan sasaran kajian ini ialah terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 1. Pelajar yang dipilih adalah berprestasi sederhana dalam matematik berdasarkan keputusan UPSR 2008. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkes...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10448/1/Keberkesanan_Kaedah_Konstruktivisme_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Matematik.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10448/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di dalam Daerah Mersing, Kumpulan sasaran kajian ini ialah terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 1. Pelajar yang dipilih adalah berprestasi sederhana dalam matematik berdasarkan keputusan UPSR 2008. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu ujian pra, ujian pos dan soal selidik dengan memfokuskan tajuk perimeter. Hasil daripada tinjauan, mendapati pelajar menghadapi beberapa kelemahan menjawab soalan yang melibatkan penggunaan formula. Hasil pemerhatian semasa kajian dijalankan didapati pelajar tidak member tumpuan semasa proses p&p, tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep perimeter. Sampel dibahagikan kepada kumpulan eksperimental dimana kaedah konstruktivisme dijalankan dan kumpulan kawalan sebagai kumpulan yang menjalankan kaedah tradisional. Data-data dianalisa dengan perisian Microsoft Excel dan SPSS Version 9.0. Ujian-t dua hujung bagi dipilih untuk menguji semua hipotesis kajian pada aras kesignifikanan 0.05. Ujian – t digunakan untuk mendapatkan perbezaan terhadap kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional telah menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Peningkatan kelulusan 15 % selepas menggunakan kaedah konstruktivisme. Hasil kajian menunjukkan pendekatan konstruktivisme adalah lebih berkesan dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah berbanding pendekatan tradisional. |
---|