Analisis notasional pukulan penentuan penalti (penalty shoot-out) sukan hoki padang.

Pukulan penentuan penalti (penalty shoot-out) ialah antara kaedah yang digunakan dalam sukan hoki padang untuk menentukan pasukan yang layak ke perlawanan peringkat seterusnya atau memenangi perlawanan berikutan permainan yang terikat dengan keputusan seri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kekera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aris, Abdul Aziz, Ibrahim, Halijah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/104476/1/AbdulAzizArisHalijahIbrahim2022_AnalisisNotasionalPukulanPenentuanPenalti.pdf
http://eprints.utm.my/104476/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/7330
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pukulan penentuan penalti (penalty shoot-out) ialah antara kaedah yang digunakan dalam sukan hoki padang untuk menentukan pasukan yang layak ke perlawanan peringkat seterusnya atau memenangi perlawanan berikutan permainan yang terikat dengan keputusan seri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kekerapan kemahiran dan taktikal yang digunakan pemain semasa melakukan pukulan penentuan penalti. Enam (N=6) orang wakil pemain muda hoki MSSM berposisi penyerang telah melakukan pukulan penentuan penalti sebanyak lima kali percubaan. Tiga puluh rakaman video telah dianalisis menggunakan perisian kinovea. Dapatan kajian menunjukkan turutan kekerapan kemahiran yang sering digunakan oleh pemain adalah seperti berikut; Indian Dribble; 1. High reverse pull (IDHR), 2. Forehand pull (IDFP), 3. Turning right-left (IDTR-L), 4. Lifting right (IDLR), 5. Spinning rightleft (IDSR-L); Dummy;1. Dummy forehand pull (DFP), 2. Dummy high reverse pull (DHR), 3. Dummy long grip (DLG) dan Dummy slapping (DSL), 4. Dummy short grip (DSG), Dummy high reverse (DHR), dan Dummy orient push (DOP). Analisis taktikal menunjukkan sebanyak 80% kekerapan arah memasuki kawasan “D” adalah daripada arah Strong side (KDSS) dan 20% daripada arah Wrong side (KDWS) dengan 66% penggunaan Zon A dan 34% penggunaan Zon B. Bagi kemahiran teknik menjaring, turutan peratus purata keseluruhan adalah seperti berikut; 1. Low reverse (LR), 2. Scoop (S), 3. Drag push (DP), Orient push (OP) dan Long grip (LG), 4. Tap push (TP), 5. Slapping (SL), 6. High reverse (HR). Kekerapan penggunaan kemahiran dan taktikal pukulan penentuan penalti yang dilakukan oleh pemain muda hoki MSSM menjadi maklumat bermakna bagi pemain merancang strategi menyerang dan penjaga gol merancang strategi bertahan.