Perbahasan hukum percampuran manusia-haiwan: satu analisis tematik dalam Mazhab Shafie.
Percampuran manusia-haiwan telah lama dilakukan oleh saintis untuk dijadikan model kajian penyakit, ujian ubat, organ alternatif dalam rawatan pemindahan organ dan lain-lain. Percampuran manusia-haiwan yang paling menimbulkan kontroversi adalah dengan menyuntik sel manusia ke dalam otak haiwan keran...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
USIM PRESS
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/104475/1/MuhammadFaiqMohdZailaniMohammadNaqibHamdanAimiNadiaMohdYusof2022_PerbahasanHukumPercampuranManusiaHaiwan.pdf http://eprints.utm.my/104475/ http://dx.doi.org/10.33102/sainsinsani.vol7no2.500 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Percampuran manusia-haiwan telah lama dilakukan oleh saintis untuk dijadikan model kajian penyakit, ujian ubat, organ alternatif dalam rawatan pemindahan organ dan lain-lain. Percampuran manusia-haiwan yang paling menimbulkan kontroversi adalah dengan menyuntik sel manusia ke dalam otak haiwan kerana ia boleh menimbulkan isu etika yang melibatkan penambahbaikan kognitif haiwan tersebut. Tambahan lagi, haiwan yang mengalami penambahbaikan kognitif boleh mengelirukan status moralnya kerana ia boleh mencapai tahap kognitif manusia. Selain itu, ketiadaan status moral khusus terhadap manusia-haiwan ini menambahkan kebimbangan ahli bioetika dan falsafah dalam mendepani hidupan ini. Dalam perspektif Islam, perkara ini boleh mempengaruhi hukum Islam ke atasnya sekiranya haiwan tersebut boleh menyerupai manusia sama ada fizikal atau kognitif kerana hidupan ini bukan lagi manusia mahupun haiwan semata-mata. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis secara tematik perbincangan para fuqaha klasik terhadap isu ini sama ada secara langsung atau konsep sahaja. Kalimah mutawalid, aadami dan kalbun dipilih sebagai kata kunci, tema dibentuk untuk memberi kefahaman mengenai bagaimana Islam meletakkan hukum terhadap haiwan yang menyerupai manusia, seterusnya dapat digunakan untuk membantu dalam penentuan hukum percampuran manusia-haiwan dalam sains bioperubatan. Hasil kajian mendapati beberapa perbahasan fiqh telah membahaskan hukum suci, ibadat, sembelih dan makan, pernikahan, wilayah, mawarith dan wasiat manusia-haiwan dalam Mazhab Syafie. Selain itu, wujud perbezaan hukum-hakam yang melibatkan perbezaan bentuk percampuran dan lain-lain yang melibatkan manusia-haiwan. |
---|