Konseptual pondokstay dalam pelancongan pendidikan Islam berteraskan komuniti.

Institusi pondok memiliki kelebihan tersendiri dari sudut pendidikan dan pelancongan. Namun begitu, potensi pondok sebagai destinasi pelancongan pendidikan Islam masih belum sepenuhnya diteroka meskipun institusi ini sering dikunjungi oleh masyarakat umum. Artikel ini mengetengahkan pembangunan kons...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammed Zabidi, Mahfuzah, Mohammed Zabidi, Ahmad Fakhrurrazi, Abd. Rahman, Nur Najwa Hanani, Tukiman, Norbaiti, Abdullah, kmaliza
Format: Article
Language:English
Published: PIMM Experts SDN. BHD. 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/104323/1/MahfuzahMohammedZabidiAhmadFakhruzzaziMohammedZabidiNurNajwaHananiAbdRahman2022_KonseptualPondokstayDalamPelanconganPendidikanIslam.pdf
http://eprints.utm.my/104323/
http://www.journaltamu.com/wp-content/uploads/2022/12/TAMU-Vol-82-December-2022-148-160.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Institusi pondok memiliki kelebihan tersendiri dari sudut pendidikan dan pelancongan. Namun begitu, potensi pondok sebagai destinasi pelancongan pendidikan Islam masih belum sepenuhnya diteroka meskipun institusi ini sering dikunjungi oleh masyarakat umum. Artikel ini mengetengahkan pembangunan konseptual serta kriteria dan keunikan insitusi pondokstay dalam pelancongan pendidikan Islam berteraskan komuniti pondok. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Beberapa tahap perbincangan dilakukan bagi mendapatkan kesahan terhadap konseptual pondokstay. Hasil kajian ini mendapati tiga teras yang mendasari konseptual pondokstay iaitu pelancongan berasaskan komuniti, pelancongan Islam dan pelancongan pendidikan. Selain itu, terdapat sepuluh kriteria utama pondokstay iaitu tuan guru, pelajar, kitab, amalan harian, persekitaran islamik, penginapan, amenities, kebolehsampaian, daya tarikan dan aktiviti pelancongan yang boleh dijadikan panduan kepada institusi pondok di Malaysia bagi menawarkan pondokstay di institusi pondok masing-masing. Selain menjadi salah satu bentuk pelancongan pendidikan Islam, pondokstay juga dapat menjadi saluran penjanaan pendapatan bagi institusi pondok dan medium penyebaran ilmu dan nilai Islam kepada masyarakat dalam dan luar negara.