Intervensi fleksibiliti pendidikan digital merintis kemahiran kebolehpasaran graduan.

Kemunculan pandemik Covid-19 secara drastik menyebabkan gangguan kepada pelbagai sektor termasuklah sistem pendidikan. Sistem pendidikan berubah daripada landskap konvensional kepada secara atas talian bagi memenuhi kelestarian sistem pendidikan. Walaupun begitu, wujud kelemahan dan kekurangan terma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saleh, Nor Shela, Rosli, Mohd. Shafie, Isa, Khairunesa, Abu Bakar, Thuaibah, Md. Ali, Azlah, Kirin, Arwansyah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher’s Office 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/104258/1/KhairunesaIsaNorShelaSalehMohdShafieRosli2022_IntervensiFleksibilitiPendidikanDigitalMerintis.pdf
http://eprints.utm.my/104258/
http://dx.doi.org/10.30880/jstard.2022.04.02.005
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan pandemik Covid-19 secara drastik menyebabkan gangguan kepada pelbagai sektor termasuklah sistem pendidikan. Sistem pendidikan berubah daripada landskap konvensional kepada secara atas talian bagi memenuhi kelestarian sistem pendidikan. Walaupun begitu, wujud kelemahan dan kekurangan termasuklah kelancaran interaksi dan komunikasi yang melibatkan pensyarah serta mahasiswa. Kajian ini meneliti tiga objektif utama iaitu mengenalpasti tahap interaksi pelajar dengan pensyarah, mengenalpasti tahap interaksi pelajar dengan pelajar serta mengkaji taburan perubahan intervensi kajian tindakan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan deskriptif dengan melihat nilai min, kekerapan dan peratus. Seramai 45 orang pelajar daripada satu seksyen Kursus Pengantar Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia bagi kemasukkan semester khas tahun 2021. Hasil kajian membuktikan interaksi pelajar mengalami perubahan positif berdasarkan dapatan pra dan pasca ujian yang dijalankan. Taburan dapatan kajian tindakan juga memperlihatkan peningkatan yang baik antara pra dan pasca ujian. Ini jelas membuktikan intervensi yang menekankan aspek fleksibiliti adalah berkesan dan memberi perubahan kepada persepsi kepuasan interaksi pelajar semasa belajar secara atas talian.