Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek bagi tema keseimbangan ekosistem untuk sains tahun satu.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu strategi pembelajaran yang sesuai dilaksanakan untuk menarik minat murid dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep Sains yang dipelajari. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu modul pembelajaran berasaskan projek bagi tema Keseimban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasim, Nurhafizah, Abdullah, Norazilawati, Ariffin, Nurul Hazwani, Mat Daud, Anis Nazihah, Mohd. Razak, Nur Raihana
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/104232/1/NurulHazwaniAriffinAnisNazihahMatDaudNurRaihanaMOhdRazak2022_PembangunanModulPembelajaranBerasaskanProjek.pdf
http://eprints.utm.my/104232/
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/6786
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu strategi pembelajaran yang sesuai dilaksanakan untuk menarik minat murid dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep Sains yang dipelajari. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu modul pembelajaran berasaskan projek bagi tema Keseimbangan Ekosistem untuk Sains Tahun Satu. Modul tersebut dibangunkan berdasarkan model reka bentuk instruksional ADDIE tetapi kajian ini hanya memfokuskan fasa pembangunan yang merangkumi pembangunan dan penilaian kesahan modul. Modul tersebut dibangunkan dengan mengintegrasikan empat standard kandungan untuk Sains Tahun Satu iaitu bahagian tumbuhan, bentuk muka bumi, tanah dan binaan daripada bongkah bentuk asas. Modul tersebut dibangunkan untuk mengaplikasikan strategi pembelajaran berasaskan projek yang melibatkan penghasilan buku skrap dan pembinaan model taman berbentuk diorama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul tersebut mempunyai nilai peratusan persetujuan pakar yang tinggi iaitu 92% (SP = 9) untuk kesahan muka dan 97% (SP = 3) untuk kesahan kandungan. Modul tersebut dijangka dapat menarik minat murid Tahun Satu untuk mempelajari subjek Sains serta menerapkan kemahiran proses sains, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri mereka. Implikasi kajian ini ialah modul pembelajaran berasaskan projek yang dibangunkan dapat membantu guru dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.