Peningkatan Kualiti Reka Bentuk Kerusi Sekolah Rendah Dengan Mengintegrasikan Kaedah Qfd Dan Kejuruteraan Nilai

Kajian ini adalah untuk mengintegrasikan kaedah QFD (Quality Function Deployment) – Pembangunan Fungsi Kualiti dan kaedah VE (Value Engineering) – Kejuruteraan Nilai dalam mereka bentuk kerusi sekolah rendah berasaskan kayu. Tujuan sebenar QFD adalah untuk membolehkan keperluan terhadap kehendak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Rohani, Jafri, Tamat, Suhaimi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1036/1/JT35A4.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1036/
http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/35/A/JT35A4.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk mengintegrasikan kaedah QFD (Quality Function Deployment) – Pembangunan Fungsi Kualiti dan kaedah VE (Value Engineering) – Kejuruteraan Nilai dalam mereka bentuk kerusi sekolah rendah berasaskan kayu. Tujuan sebenar QFD adalah untuk membolehkan keperluan terhadap kehendak pengguna (pelajar sekolah rendah) diterjemahkan kepada kehendak teknikal dan reka bentuk. Pada hakikatnya pengguna mempunyai bahasa mereka yang tersendiri dalam menyampaikan maksud kehendak mereka, manakala jurutera reka bentuk pula mempunyai bahasa mereka tersendiri yang terdiri daripada bentuk-bentuk teknikal bagi memenuhi kehendak pengguna tersebut. Dalam melaksanakan proses translasi antara dua maklumat yang berbeza ini, pendekatan yang bersistematik perlu digunakan bagi menukar maklumat kualitatif dan kuantitatif pengguna kepada kriteria-kriteria teknikal yang diperlukan untuk reka bentuk. Pendekatan bersistematik tersebut boleh diperoleh melalui proses QFD, iaitu maklumat-maklumat tersebut akan dijanakan melalui beberapa matrik utama. Dalam kajian ini, kaedah VE telah diaplikasikan untuk menyenarai tapis kriteria yang dipindahkan dari Matrik Rumah Kualiti (matrik pertama) kepada Matrik Perancangan Komponen (matrik kedua) dalam kaedah QFD. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kehendak pengguna iaitu pelajar sekolah rendah dapat dipenuhi melalui integrasi kaedah QFD dan VE iaitu kerusi sekolah rendah berasaskan kayu yang menepati ciri-ciri kepenggunaan telah dikenalpasti, yang meliputi aspek kejuruteraan reka bentuk.