Globalisation, business and environmental management : to correct the broken compass

Pengurusan Alam Sekitar(PAS) merupakan cadangan yang sering diutarakan bagi menjawab persoalan mengenai penghakisan sumber-sumber alam yang semakin hari semakin serius. Perbincangan mengenai tajuk ini memfokuskan kepada maksud PAS dalam konteks perniagaan yang menjana pelbagai pandangan yang amat be...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Low, Hock Heng
التنسيق: مقال
اللغة:English
منشور في: Faculty of Management and Human Resource Development 2003
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.utm.my/id/eprint/10334/1/LowHockHeng2003_Globalisation%2C_business_and_environmental_management.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10334/
http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurnal-kemanusiaan/16-bil-01-jun-2003.html
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Pengurusan Alam Sekitar(PAS) merupakan cadangan yang sering diutarakan bagi menjawab persoalan mengenai penghakisan sumber-sumber alam yang semakin hari semakin serius. Perbincangan mengenai tajuk ini memfokuskan kepada maksud PAS dalam konteks perniagaan yang menjana pelbagai pandangan yang amat berbeza oleh pengkaji-pengkaji. Sesetengah pengkaji seperti Porter dan Van Der Linde (1995) serta Frosch dan Gallapoulos (1992) berpendapat bahawa PAS dapat meningkatkan lagi keupayaan firma untuk bersaing. Pendapat ini pula disangkal oleh pengkaji seperti Walley dan Whitehead (1994). Isu mengenai perbezaan pandangan ini perlulah diselesaikan bagi membolehkan PAS diberi lebih perhatian oleh pengurus-pengurus firma. Model penentuan kos operasi dari konteks perniagaan perlu diperbaiki. Sumber-sumber alam sekitar tidak boleh diketepikan dalam penentuan kos operasi firma-firma. Kegagalan pengurusan mengambil kira kos ini telah mengakibatkan pembaziran sumber-sumber ini. Keputusan pengurusan mengenai penjimatan juga perlu mengambil kira kesan penjimatan jangka panjang yang lebih mesra alam. Oleh itu telah sampai masanya bagi kita mengubah model penentuan keuntungan firma yang telah diguna pakai sejak sekian lama.