Kepuasan Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Kediaman Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman Tun Fatimah. Kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari enam aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswi kolej kediaman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Said, Hamdan, Talam @ Talab, Priscilla
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10289/2/Priscilla_Anak_Talam_%40_Talab.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10289/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej Kediaman Tun Fatimah. Kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari enam aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswi kolej kediaman, pentadbiran pejabat, pengawasan dan keselamatan, dan program dan aktiviti pembangunan yang dijalankan. Kajian deskriptif ini menggunakan soal selidik daripada kajian terdahulu (Mohd Nazaruddin Bin Mohd Ali, 2008) sebagai instrument kajian dan seramai 310 orang responden Kolej Tun Fatimah yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswi berpuas hati terhadap kualiti kehidupan di Kolej Tun Fatimah dalam semua enam aspek yang dikaji. Kajian ini juga memberikan cadangan untuk menambahbaik tahap kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh dilakukan.