Literasi Ict Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor.

Kajian ini bertujuan untuk melihat Literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Empat aspek Literasi ICT pelajar dikaji iaitu dari segi a) tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal, b) tahap Literasi ICT berdasar kemahiran kognitif, c) tahap Literasi ICT pelajar d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idris, Abd. Razak, Hassan, Nurul ‘Aliyah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10245/2/Nurul_G%C3%87%C3%BFAliyah_Binti_Hassan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10245/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat Literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Empat aspek Literasi ICT pelajar dikaji iaitu dari segi a) tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal, b) tahap Literasi ICT berdasar kemahiran kognitif, c) tahap Literasi ICT pelajar dan d) faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT. Sampel kajian terdiri daripada 218 pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasas Skala Likert. Nilai kebolehpercayan soal selidik mengikut Alpha Cronbach adalah 0.91. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini menunjukkan tahap Literasi ICT berada pada tahap ‘tinggi’ (min 3.73) di mana nilai min tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal dan kemahiran kognitif masing-masing ialah 3.73 . Faktor utama yang mempengaruhi penggunaan ICT ialah faktor persekitaran (min 3.96), diikuti faktor akademik (min 3.90) dan P&P dan yang terakhir faktor sikap (min 3.79). Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam ICT.