Persepsi Pelatih - Pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalankan

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi persepsi pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat, kesedaran terhadap kepentingan latihan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rajuddin, Muhammad Rashid, Ali, Dayana Farzeeha
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10197/2/Dayana_Farzeeha_Binti_Ali.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10197/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi persepsi pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat, kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih, keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya serta suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar. Sampel kajian terdiri daripada 116 orang pelatih lelaki di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah ? = 0.85. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor minat (min = 4.05), faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih (min = 4.06), faktor keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya (min = 4.06) serta pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar (min = 4.23) kesemuanya berada pada tahap tinggi. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan. Kata kunci: Vokasional, Statistical Package For Social Science (SPSS), Sekolah Henry Gurney