Kesediaan Pelajar 4 SPH Untuk Mengajar Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar 4 SPH (2005-2009) untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 60 orang pelajar daripada seksyen dua dan seksyen empat tahun 4 SPH dipilih sebagai sampel kajian. Satu s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Boon, Yusof, Mohd Ibrahim, Noor Fazila
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10139/1/Noor_Fazila_Bte_Mohd_Ibrahim.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10139/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar 4 SPH (2005-2009) untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 60 orang pelajar daripada seksyen dua dan seksyen empat tahun 4 SPH dipilih sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data yang mengandungi 40 item soalan berdasarkan empat aspek persoalan kajian iaitu tahap pengetahuan, tahap minat, masalah yang akan dihadapi dan tahap kesediaan pelajar mengikut jantina untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science, Version 14.0). Hasil analisis diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar 4 SPH mempunyai kesediaan dari segi pengetahuan dan minat serta tiada masalah untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan antara jantina pelajar 4 SPH terhadap kesediaan untuk mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Kata kunci: ERT, KBSM, KH, KPLI