Membangun Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Probability SPM

Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif dalam menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Web portal bertajuk Probability SPM telah menggunakan satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan Moodle (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment)...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamed, Muhini, Alias, Noor Hidayah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10123/1/Noor_Hidayah_binti_Alias.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10123/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif dalam menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Web portal bertajuk Probability SPM telah menggunakan satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan Moodle (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment) kerana rekabentuknya yang menyokong prinsip konstruktivisme sosial di mana guru dan pelajar saling berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti yang telah disediakan. Model ASSURE digunakan dalam merancang dan membangunkan projek web portal ini. Nota yang disediakan dalam format power point dibangunkan berdasarkan objektif pembelajaran dan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kepelbagaian bahan yang dimuatkan di dalam web portal ini mempunyai paparan yang menarik, terkini, interaktif, set induksi yang berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan seharian pelajar dan disertakan juga soalan yang memandu pelajar berfikir. Antara aktiviti interaktif yang dibangunkan dalam Moodle ini adalah seperti Kuiz, Hot Potatoes Quiz, Tugasan, Forum, Chat dan Journal. Soalan kuiz dibina berdasarkan miskonsepsi dan analisis kesilapan yang sering pelajar lakukan dan setiap jawapan akan diberikan maklumbalas. Sistem pengkalan data membenarkan guru dan pelajar dapat mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah, tempoh masa, kekerapan yang boleh diperolehi. Di dalam ruangan Forum dan Chat, pelajar dan guru dapat saling berinteraksi antara satu sama lain. Web portal ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar khususnya untuk tujuan pembelajaran kendiri menerusi keupayaannya memberi maklumbalas yang spontan, memperolehi bimbingan daripada guru mahupun rakan-rakan di mana gaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional.