Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah

Pembangunan bank tanah dilihat sebagai suatu proses kreatif yang melibatkan pelaburan dalam kawasan tanah dengan tujuan untuk meningkatkan nilai. Namun, perbankan tanah di Malaysia masih dianggap sangat berisiko. Walaupun potensi perbankan tanah telah diakui, penggunaan tanah sebenar sukar untuk dip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Mustorpha, Sharifah Nurul Akhilah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/100031/1/SharifahNurulAkhilahPFABU2022.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/100031/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:150080
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.utm.100031
record_format eprints
spelling my.utm.1000312023-03-29T06:27:10Z http://eprints.utm.my/id/eprint/100031/ Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah Syed Mustorpha, Sharifah Nurul Akhilah NA Architecture Pembangunan bank tanah dilihat sebagai suatu proses kreatif yang melibatkan pelaburan dalam kawasan tanah dengan tujuan untuk meningkatkan nilai. Namun, perbankan tanah di Malaysia masih dianggap sangat berisiko. Walaupun potensi perbankan tanah telah diakui, penggunaan tanah sebenar sukar untuk dipenuhi kerana ia tidak mempunyai rangka kerja. Aktiviti perbankan tanah tidak dikawal selia, khususnya peraturan yang melibatkan perbankan tanah. Pemaju atau pembuat keputusan dilihat mempunyai pandangan tersendiri tentang keperluan, objektif dan cabaran. Semua keputusan yang dibuat berdasarkan gerak hati tanpa pendekatan yang saintifik. Ini boleh membawa kepada kekurangan kualiti pembangunan kerana membuat keputusan yang lemah dan seterusnya menyebabkan tanah tidak diusahakan dan terbiar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis model hasil penilaian awal pembangunan bank tanah bagi mencapai kejayaan dan memperoleh pulangan yang diharapkan. Ini boleh dicapai dengan memberi tumpuan kepada objektif kajian seperti mengenal pasti kriteria utama yang diambil kira sebelum membuat penilaian awal pembangunan bank tanah, menganalisis keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah dan mencadangkan model berdasarkan penilaian awal pembangunan bank tanah. Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dipilih sebagai kajian kes bagi mengukuhkan dapatan kajian kerana memenuhi beberapa komponen isu yang diperoleh daripada kajian literatur dan kajian rintis pada peringkat awal. RAC menanggung sebahagian besar kerugian disebabkan kelemahan dalam perniagaan utamanya yang melibatkan penyediaan perkhidmatan pengangkutan. Bagaimanapun, pengurusan asetnya masih perlu diteliti. Teori yang diberikan penekanan adalah peringkat, aktiviti, titik membuat keputusan, pembuat keputusan, kaedah keputusan, alat membuat keputusan (pasaran), alat membuat keputusan (kewangan), kriteria keputusan, maklumat ekonomi, maklumat teknikal dan maklumat kewangan. Kajian ini menggunakan kaedah Delphi sebagai teknik penyelidikan untuk pengumpulan data kerana kemampuannya untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi amalan semasa proses keputusan dalam projek pembangunan bank tanah dan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang berbeza. Kaedah Delphi membolehkan persetujuan sekumpulan pakar diperoleh selepas mendapatkan pendapat mereka mengenai perkara yang diusulkan. Seramai 42 responden telah dikenal pasti sebagai pihak berkepentingan RAC. Data yang dikumpul berdasarkan integrasi analisis kualitatif dan kuantitatif dengan mengguna pakai reka bentuk eksplorasi didapati mempengaruhi tahap prestasi serta pengalaman dalam proses pembangunan bank tanah. Model ini dicirikan semasa fasa awalan pembuatan keputusan. Berdasarkan penemuan, model yang cekap bagi membuat keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah telah diwujudkan. Model ini boleh membantu ahli akademik dan pihak berkepentingan dengan keputusan penilaian awal yang boleh dipercayai dan meyakinkan bagi pembangunan tanah. 2022 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://eprints.utm.my/id/eprint/100031/1/SharifahNurulAkhilahPFABU2022.pdf Syed Mustorpha, Sharifah Nurul Akhilah (2022) Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Built Environment & Surveying. http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:150080
institution Universiti Teknologi Malaysia
building UTM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Teknologi Malaysia
content_source UTM Institutional Repository
url_provider http://eprints.utm.my/
language English
topic NA Architecture
spellingShingle NA Architecture
Syed Mustorpha, Sharifah Nurul Akhilah
Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah
description Pembangunan bank tanah dilihat sebagai suatu proses kreatif yang melibatkan pelaburan dalam kawasan tanah dengan tujuan untuk meningkatkan nilai. Namun, perbankan tanah di Malaysia masih dianggap sangat berisiko. Walaupun potensi perbankan tanah telah diakui, penggunaan tanah sebenar sukar untuk dipenuhi kerana ia tidak mempunyai rangka kerja. Aktiviti perbankan tanah tidak dikawal selia, khususnya peraturan yang melibatkan perbankan tanah. Pemaju atau pembuat keputusan dilihat mempunyai pandangan tersendiri tentang keperluan, objektif dan cabaran. Semua keputusan yang dibuat berdasarkan gerak hati tanpa pendekatan yang saintifik. Ini boleh membawa kepada kekurangan kualiti pembangunan kerana membuat keputusan yang lemah dan seterusnya menyebabkan tanah tidak diusahakan dan terbiar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis model hasil penilaian awal pembangunan bank tanah bagi mencapai kejayaan dan memperoleh pulangan yang diharapkan. Ini boleh dicapai dengan memberi tumpuan kepada objektif kajian seperti mengenal pasti kriteria utama yang diambil kira sebelum membuat penilaian awal pembangunan bank tanah, menganalisis keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah dan mencadangkan model berdasarkan penilaian awal pembangunan bank tanah. Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dipilih sebagai kajian kes bagi mengukuhkan dapatan kajian kerana memenuhi beberapa komponen isu yang diperoleh daripada kajian literatur dan kajian rintis pada peringkat awal. RAC menanggung sebahagian besar kerugian disebabkan kelemahan dalam perniagaan utamanya yang melibatkan penyediaan perkhidmatan pengangkutan. Bagaimanapun, pengurusan asetnya masih perlu diteliti. Teori yang diberikan penekanan adalah peringkat, aktiviti, titik membuat keputusan, pembuat keputusan, kaedah keputusan, alat membuat keputusan (pasaran), alat membuat keputusan (kewangan), kriteria keputusan, maklumat ekonomi, maklumat teknikal dan maklumat kewangan. Kajian ini menggunakan kaedah Delphi sebagai teknik penyelidikan untuk pengumpulan data kerana kemampuannya untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi amalan semasa proses keputusan dalam projek pembangunan bank tanah dan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang berbeza. Kaedah Delphi membolehkan persetujuan sekumpulan pakar diperoleh selepas mendapatkan pendapat mereka mengenai perkara yang diusulkan. Seramai 42 responden telah dikenal pasti sebagai pihak berkepentingan RAC. Data yang dikumpul berdasarkan integrasi analisis kualitatif dan kuantitatif dengan mengguna pakai reka bentuk eksplorasi didapati mempengaruhi tahap prestasi serta pengalaman dalam proses pembangunan bank tanah. Model ini dicirikan semasa fasa awalan pembuatan keputusan. Berdasarkan penemuan, model yang cekap bagi membuat keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah telah diwujudkan. Model ini boleh membantu ahli akademik dan pihak berkepentingan dengan keputusan penilaian awal yang boleh dipercayai dan meyakinkan bagi pembangunan tanah.
format Thesis
author Syed Mustorpha, Sharifah Nurul Akhilah
author_facet Syed Mustorpha, Sharifah Nurul Akhilah
author_sort Syed Mustorpha, Sharifah Nurul Akhilah
title Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah
title_short Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah
title_full Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah
title_fullStr Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah
title_full_unstemmed Model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah
title_sort model keputusan penilaian awal pembangunan bank tanah
publishDate 2022
url http://eprints.utm.my/id/eprint/100031/1/SharifahNurulAkhilahPFABU2022.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/100031/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:150080
_version_ 1762392165903761408
score 13.160551