Ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri

Dalam era teknologi maklumat dan globalisasi, penggunaan sistem perisian perakaunan yang berkesan untuk memproses data dan maklumat kewangan menjadi keperluan utama semua pihak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri. Empat ciri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Hassan, Hasmida
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9848/1/24p%20HASMIDA%20MOHAMAD%20HASSAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9848/2/HASMIDA%20MOHAMAD%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9848/3/HASMIDA%20MOHAMAD%20HASSAN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9848/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam era teknologi maklumat dan globalisasi, penggunaan sistem perisian perakaunan yang berkesan untuk memproses data dan maklumat kewangan menjadi keperluan utama semua pihak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri. Empat ciri perisian yang disenaraikan dalam skop kajian ialah modul perakaunan bersepadu, 'customization', bentuk pelaporan dan jejak audit. Sejumlah 23 syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Setiap daripada syarikat terbabit mewakilkan eksekutif akaun yang mengendali sistem perisian perakaunan bagi menjawab soalan menerusi borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa ciri perisian perakaunan yang amat diperlukan oleh pihak industri ialahjejak audit dan modul perakaunan bersepadu, manakala ciri 'customization' dan bentuk pelaporan pula merupakan keperluan biasa. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir laporan bagi meningkatkan kepenggunaan dan pembangunan sistem peri sian perakaunan yang lebih mantap