Kerangka program pendidikan berterusan bagi bidang teknik dan vokasional berorientasikan pembangunan lestari
Bidang teknik dan vokasional adalah salah satu disiplin di bawah sImp program pendidikan berterusan (PB) yang ditawarkan pus at-pus at PB di institusi pengajian tinggi (lPT). Pusat-pusat ini mempunyai tanggungjawab besar untuk melatih semula atau meningkatkan sumber manusia yang berada dalam pasa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9831/1/24p%20ANIS%20MARDHIYAH%20AZROAI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9831/2/ANIS%20MARDHIYAH%20AZROAI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9831/3/ANIS%20MARDHIYAH%20AZROAI%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9831/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bidang teknik dan vokasional adalah salah satu disiplin di bawah sImp program
pendidikan berterusan (PB) yang ditawarkan pus at-pus at PB di institusi pengajian tinggi
(lPT). Pusat-pusat ini mempunyai tanggungjawab besar untuk melatih semula atau
meningkatkan sumber manusia yang berada dalam pasaran kerja. Oleh kerana itu, pusat
PB menerima penyertaan dalam kalangan profesional yang secara langsung terlibat
dengan pembangunan negara. Walaupun terdapat program-program yang berjaya
mengimplementasikan pelbagai kemahiran ke dalam kurikulum, terdapat banyak faktor
yang menghalang falsafah kelestarian yang mana antaranya ialah kurang pendedahan
dan kesedaran ke arah pembangunan lestari. Ini berlaku disebabkan ketiadaan garis
panduan di pusat-pusat PB tempatan. Maka tujuan kajian ini ialah untuk (i) mengenal
pasti status semasa orientasi pembangunan lestari di pusat-pusat PB, (ii) mengenal pasti
komponen-komponen utama struktur program yang berkaitan pembangunan lestari dan,
(iii) membangunkan kerangka program PB bagi teknik dan vokasional yang
mengandungi hanya komponen-komponen terpilih untuk disahkan. Kajian kuantitatif
ini dilaksanakan menggunakan kaedah Delphi yang diubahsuai yang mana melibatkan
penyertaan 33 pakar dalam bidang-bidang yang relevan yang dipilih secara bertujuan
merujuk kepada jawatan mereka. Metodologi ini memerlukan dua pusingan edaran
instrumen untuk mendapatkan konsensus daripada pakar-pakar dengan menggunakan
borang soal selidik dan temu bual untuk sokongan. Analisis dilaksanakan secara
deskriptif menggunakan SPSS dalam menghasilkan min dan sisihan piawai. Dapatan
menunjukkan kerangka yang mengandungi lapan komponen iaitu keperluan program
(min=4.1152), hasil pembelajaran (min=4.2970), reka bentuk kurikulum (min=4.2606)
kaedah P&P (min=4.2987), penilaian (min=4.1465), staf (min=4.2242), fasiliti dan
sokongan (min=4.2000), danjaminan kualiti (min=4.3212). Komponen-komponen
tersebut mengandungi 43 ciri-ciri pembangunan lestari. Keseluruhannya, kerangka ini
boleh digunakan sebagai garis panduan untuk mereka bentuk dan mengimplementasikan
program PB untuk melengkapkan para peserta supaya lebih berusaha mengenali dan
mendorong orang lain untuk menobatkan nilai dan amalan-amalan pembangunan lestari. |
---|