Penghasilan modul pembelajaran kendiri berbentuk CD interaktif subjek undang-undang syarikat di politeknik

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan dan meninjau kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri CD-Interaktif bagi subjek Undang-Undang Syarikat di Politeknik. Sebanyak 5 persoalan kajian dijawab dalam kajian ini iaitu yang berkenaan dengan kesesuaian ilustrasi, isi kandungan, bahasa dan rekabentuk y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jasni, Nur Farrah Azwa
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9705/2/24p%20NUR%20FARRAH%20AZWA%20JASNI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9705/1/NUR%20FARRAH%20AZWA%20JASNI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9705/3/NUR%20FARRAH%20AZWA%20JASNI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9705/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan dan meninjau kesesuaian Modul Pembelajaran Kendiri CD-Interaktif bagi subjek Undang-Undang Syarikat di Politeknik. Sebanyak 5 persoalan kajian dijawab dalam kajian ini iaitu yang berkenaan dengan kesesuaian ilustrasi, isi kandungan, bahasa dan rekabentuk yang digunakan dengan produk yang dibangunkan. Selain itu ciri-ciri positif lain juga dilihat bagi produk yang dibangunkan. Kajian ini menggunakan sampel sebanyak 50 orang pelajar Politeknik Seberang Perai yang sedang mengambil subjek Undang-Undang syarikat. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS. Statistik yang digunakan untuk menganalisis data ialah jenis deskriptif statistik. Min, Sisihan Piawai, Mod, peratus dan bilangan responden digunakan untuk mendapatkan jawapan kepada setiap persoalan kajian. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa ilustrasi, isi kandungan, bahasa dan rekabentuk yang digunakan adalah bersesuaian dengan produk yang dibina. Selain itu, beberapa ciri positif produk dapat dikenalpasti seperti ia memberi fleksibiliti dan keselesaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga boleh berfungsi dengan tahap pengawasan pensyarah yang minimum. Produk yang dibangunkan ini juga didapati ada mengambilkira perbezaan individu dan kebanyakan pelajar suka menggunakan produk ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran