Penghasilan bahan pembelajaran berasaskan interaktif CD-ROM bagi mata pelajaran hidraulik

Perkembangan era teknologi maklumat telah melihat perkembangan komputer sebagai alat yang berpotensi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penghasilan bahan pembelajaran berasaskan interaktif CD-ROM merupakan salah satu komponen yang mampu meyumbang ke arah peningkatan kualiti p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anuar Haron, Mohd Khairul
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9696/1/24p%20MOHD%20KHAIRUL%20ANUAR%20HARON.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9696/2/MOHD%20KHAIRUL%20ANUAR%20HARON%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9696/3/MOHD%20KHAIRUL%20ANUAR%20HARON%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9696/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan era teknologi maklumat telah melihat perkembangan komputer sebagai alat yang berpotensi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penghasilan bahan pembelajaran berasaskan interaktif CD-ROM merupakan salah satu komponen yang mampu meyumbang ke arah peningkatan kualiti pembelajaran sedia ada. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif utama iaitu membina perisian yang dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yang berasaskan kepada interaktif CD-ROM dan seterusnya mengenalpasti sama ada isi kandungan perisian, aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan persembahan antaramuka perisian memenuhi eitarasa pengguna. Seramai 28 orang responden terdiri daripada pelajar Sijil Kejuruteraan A warn, Semester 4, Sesi 2003/2004, POLISAS telah dipilih untuk tujuan penilaian perisian yang dibangunkan ini. Maklum balas yang diperolehi melalui edaran borang soal selidik telah dianalisis secara statistik dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 11. Hasil daripada analisis yang telah dibuat didapati perisian yang dihasilkan memenuhi kehendak pengguna dan bersesuaian dengan suasana pembelajaran yang berasaskan interaktif CD-ROM