Penghasilan dan penilaian perisian kursus matapelajaran elektronik digit dan instrumentasi (perisian CDEDI)

Pembelajaran kendiri sememangnya amat penting untuk dilakukan oleh para pelajar. Ia Iazimnya dilakukan sebagai ulang kaji setelah menjalani kuliah bersama pensyarah. Maka satu perisian pembelajaran kendiri iaitu Perisian Kursus Mata pelajaran Elektronik Digit dan Instrumentasi (eDEDI) dibangunkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shuib, Azrul Hisham
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9662/1/24p%20AZRUL%20HISHAM%20SHUIB.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9662/2/AZRUL%20HISHAM%20SHUIB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9662/3/AZRUL%20HISHAM%20SHUIB%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9662/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran kendiri sememangnya amat penting untuk dilakukan oleh para pelajar. Ia Iazimnya dilakukan sebagai ulang kaji setelah menjalani kuliah bersama pensyarah. Maka satu perisian pembelajaran kendiri iaitu Perisian Kursus Mata pelajaran Elektronik Digit dan Instrumentasi (eDEDI) dibangunkan untuk membantu para pelajar. Perisian yang dibangunkan ini berdasarkan pendekatan interaktiviti yang menggabungkan komponen asas multimedia iaitu teks, grafik, audio dan animasi. Kajian dijalankan untuk mengetahui sejauh mana perisian ini dapat mempengaruhi motivasi pelajar, mempunyai ujian dan kandungan yang bersesuaian. Sampel kajian ini terdiri daripada 79 orang pelajar tahun tiga yang mengambil mata pelajaran Elektronik Digit dan Instrumentasi di KUiTTHO. Soal selidik dan temu ramah digunakan sebagai instrumen dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan daripada kajian menunjukkan perisian yang dibina dapat mempengaruhi motivasi pelajar dan mempunyai kesesuaian dari segi soalan ujian dan kandungan