Penggunaan simulator sebagai penjana kemahiran asas kimpalan di kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji halangan para pelajar baru di dalam menjana kemahiran asas kimpalan, dan mengenalpasti kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan dan persepsi pelajar tersebut. Kajian ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamak, Zulkarnain
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9524/1/24p%20ZULKARNAIN%20JAMAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9524/2/ZULKARNAIN%20JAMAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9524/3/ZULKARNAIN%20JAMAK%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9524/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji halangan para pelajar baru di dalam menjana kemahiran asas kimpalan, dan mengenalpasti kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan dan persepsi pelajar tersebut. Kajian ini adalah secara penilaian dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Seramai 30 orang pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal tahun 1 semester 1 dipilih secara rawak sebagai sampel untuk menjawab soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Sciene Series (SPSS) versi 10.0 secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden amat bersetuju bahawa wujudnya halangan di dalam menjana kemahiran asas kimpalan serta mengakui kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan, tetapi persepsi para pelajar terhadap proses P&P berbantu simulator pada tahap yang sederhana. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat membantu para pensyarah dan pelajar di dalam usaha untuk meluaskan lagi proses P&P berbantukan peralatan simulator kimpalan di dalam menjana kemahiran asas kimpalan para pelajar baru.