Penghasilan dan penilaian cakera pad at video dokumentari pendidikan mesin suntikan plastik bagi subjek kejuruteraan pengeluaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, kedah

Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai isi kandungan dan juga elemen-elemen multimedia di dalam cakera pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Ali, Mazrul Hisyam
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9486/1/24p%20MAZRUL%20HISYAM%20MAT%20ALI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9486/2/MAZRUL%20HISYAM%20MAT%20ALI%20COPYRIGHT%20DECLARATIION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9486/3/MAZRUL%20HISYAM%20MAT%20ALI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9486/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cakera Padat Video Dokumentari Pendidikan merupakan satu media pengajaran yang mengandungi pelbagai media seperti visual, audio dan teks untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai isi kandungan dan juga elemen-elemen multimedia di dalam cakera padat yang dihasilkan oleh pengkaji seterusnya menilai tahap peningkatan kefahaman pelajar apabila menggunakan cakera padat tersebut. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah yang mengikuti kursus kejuruteraan mekanikal dalam jurusan pembuatan. Kaedah kajian yang digunakan adalah separuh pengujian. Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan adalah set soalan ujian dan borang soal selidik. Datadata yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 10.0 yang melibatkan skor min dan ujian t (Independent - Samples T Test). Dapatan kajian menunjukkan isi kandungan cakera padat video dokumentari pendidikan memenuhi keperluan berdasarkan kepada skor min yang berada pada tahap yang tinggi (skor min = 4.25). Manakala bagi tahap elemenelemen multimedia dalam cakera padat tersebut juga memenuhi keperluan pada tahap yang tinggi (skor min = 4.17). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar pada ujian pasca bagi pelajar yang menggunakan dan tanpa menggunakan cakera padat video dokumentari pendidikan yang dihasilkan oleh pengkaji. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan cakera padat video dokumentari pendidikan dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mencadangkan supaya cakera padat video dokumentari pendidikan ini dimurnikan ke dalam bentuk web untuk memudahkan para pengguna memperoleh maklumat.