Kajian terhadap kemahiran berfikir dan gaya pembelajaran dikalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan gaya pembelajaran yang diamalkan di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti teknik pengajaran y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim @ Ab. Rahman, Hasbullah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9404/1/24p%20HASBULLAH%20IBRAHIM%20%40%20AB.%20RAHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9404/2/HASBULLAH%20IBRAHIM%20%40%20AB.%20RAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9404/3/HASBULLAH%20IBRAHIM%20%40%20AB.%20RAHMAN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9404/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan gaya pembelajaran yang diamalkan di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti teknik pengajaran yang dipraktikkan oleh pensyarah. Seramai 122 orang responden yang terdiri daripada 103 orang pelajar dan 19 orang pensyarah yang telah dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik yang dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu maklumat demografi pelajar, tahap kemahiran berfikir, gaya pembelajaran dan teknik pengajaran yang diamalkan. Data-data dianalisa dengan menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 10 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta dan rajah. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kemahiran berfikir yang positif atau tinggi dengan nilai skor min yang melebihi 3.50. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lebih berminat mengamalkan gaya pembelajaran reflektor dengan peratusan tertinggi iaitu 50 peratus berbanding dengan gaya pembelajaran lain. Para pensyarah pula bersetuju (nilai skor min melebihi 4.0) dan menekankan 4 perkara asas dalam teknik pengajaran iaitu set induksi, penyampaian isi pelajaran, penutup dan penilaian. Beberapa cadangan dikemukakan untuk membantu pihak-pihak tertentu dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kemahiran berfikir dan gaya pembelajaran.