Pembangunan elemen multimedia berasaskan content dan context seni untuk pendidikan latihan teknikal dan vokasional

Elemen multimedia berasaskan content dan context seni adalah satu pembangunan kajian yang perlu ada di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Namun kurang kajian yang dilakukan terhadap content dan context seni dalam PdP untuk konteks Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV). Kajian ini b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Selamat, Siti Norhana
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/936/1/24p%20MUHAMMAD%20IQMALHAKIM%20BIN%20NOR%20AZIZI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/936/2/MUHAMMAD%20IQMALHAKIM%20BIN%20NOR%20AZIZI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/936/3/MUHAMMAD%20IQMALHAKIM%20BIN%20NOR%20AZIZI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/936/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Elemen multimedia berasaskan content dan context seni adalah satu pembangunan kajian yang perlu ada di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Namun kurang kajian yang dilakukan terhadap content dan context seni dalam PdP untuk konteks Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembangunan elemen multimedia berasaskan content dan context seni dalam PdP untuk PLTV. Kajian ini adalah menggunakan rekabentuk kajian teknik Fuzzy Delphi. Pada fasa pertama pengkaji telah menjalankan temu bual tidak berstruktur kepada lima (5) orang pensyarah yang mempunyai kepakaran didalam bidang multimedia dan seni. Selepas mendapat dapatan daripada temu bual, pengkaji telah menjalankan analisis matrik untuk mendapatkan tema untuk membangunkan instrumen. Pada fasa kedua, seramai Sembilan (9) orang pakar telah membuat pengesahan terhadap item-item yang telah dikeluarkan dan pakar tersebut termasuk lima (5) orang pakar yang telah ditemu bual. Dapatan kajian telah dianalisis mengunakan Fuzzy Delphi Method untuk mendapatkan nilai purata m1, m2 dan m3, nilai ‘d’ Threshold value, konsensus 75% pengesahan kumpulan pakar dan Fuzzy Evaluation. Dapatan bagi Fasa pertama 80 item daripada 8 elemen namun di dalam elemen deria mempunyai tiga item yang telah ditolak namun peratusan keseluruhan elemen diterima. Seterusnya, keseluruhan elemen telah diterima oleh pihak kumpulan pakar bagi elemen emosi, subjektiviti, pelaksanaan, psikologi, konsep, persembahan dan peristiwa. Bagi implikasi dapatan ini dapat menyumbang kepada tenaga pengajar PLTV berbentuk garis panduan untuk pendidik. Kesimpulanya, pembangunan elemen multimedia berasaskan content dan context seni dalam PdP untuk PLTV perlu dilanjutkan untuk membuat garis panduan di dalam PdP untuk para pendidik pada masa akan datang.