Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar: Satu tinjauan di KUITTHO
Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. ABBM dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Berdasarkan pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9179/1/24p%20NORZAINARIAH%20ABU%20HASSAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9179/2/NORZAINARIAH%20ABU%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9179/3/NORZAINARIAH%20ABU%20HASSAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9179/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) memberi sumbangan yang amat
besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan
pelajar. ABBM dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru
yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Berdasarkan penyataan ini, satu
kajian dibuat bagi meninjau kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan prestasi pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
pencapaian dan motivasi pelajar apabila kit pengajaran dan pembelajaran digunakan serta
mengenalpasti kebolehgunaan kit ini. Dengan menggunakan kaedah tinjauan berbentuk
'Quasi Experimental Design' (PreTest - PostTest Control Group Design), seramai 60
responden yang terdiri daripada pelajar Saijana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam,
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn telah dibentuk kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan percubaan. Kumpulan kawalan mengalami proses
pembelajaran menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan dirawat
menggunakan kit pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian membuktikan bahawa
prestasi pelajar meningkat apabila kit pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. |
---|