Kajian rekabentuk dan susunatur perabot dan peralatan makmal perpaipan - satu cadangan
Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk ruang dalaman dan susunatur perabot dan peralatan Makmal Perpaipan agar dapat digunakan secara efektif untuk menampung pelbagai aktiviti pelajar serta memenuhi keperluan keija dan flzikal mereka. Aspek-aspek yang diambilkira dalam kajian ini adalah keluasan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9003/1/24p%20NORIZA%20MAT%20HASHIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9003/2/NORIZA%20MAT%20HASHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9003/3/NORIZA%20MAT%20HASHIM%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9003/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk ruang dalaman dan susunatur
perabot dan peralatan Makmal Perpaipan agar dapat digunakan secara efektif untuk
menampung pelbagai aktiviti pelajar serta memenuhi keperluan keija dan flzikal
mereka. Aspek-aspek yang diambilkira dalam kajian ini adalah keluasan ruang,
kapasiti pelajar, jumlah perabot dan kelengkapan makmal serta aktiviti-aktiviti yang
akan dilakukan di makmal tersebut. Garispanduan dan Peraturan bagi Perancangan
Bangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian dan Kos bagi JPPN, Jabatan Perdana
Menteri digunakan untuk mengenalpasti masalah dan panduan dalam proses
merekabentuk makmal perpaipan. Pemerhatian juga telah dibuat terhadap tiga (3)
buah Makmal Perpaipan iaitu di Makmal Teknologi Perpaipan , KUiTTHO, Makmal
Perpaipan Akademi Binaan Malaysia, Johor Bahru dan Makmal Perpaipan Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra. Seterusnya, penilaian rekabentuk dengan
menggunakan borang soalselidik dilakukan terhadap sampel terpilih iaitu 5 orang
responden yang mahir dalam bidang rekabentuk dan susunatur perabot dan peralatan
makmal. Hasil dapatan dianalisis menggunakan kaedah peratusan, skor min dan
sisihan piawai. Daripada hasil kajian dan perbincangan, dapatan yang diperolehi
menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa rekabentuk ruang dan
susunatur perabot dan peralatan makmal tersebut telah disediakan dengan baik bagi
memboleh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan,
fleksibel dan selesa. Diharapkan hasil kajian ini dapat diguna pakai dalam ruang
makmal perpaipan pada masa akan datang. |
---|