Masalah-masalah yang dihadapi dan pengaruhnya terhadap pencapaian pembelajaran di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: satu tinjauan

Kajian kes ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun dua yang mengambil kursus Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO. Masalah-masalah ini adalah yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka. Seramai 100 orang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustapha, Mohd. Musnizam
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8744/1/24p%20MOHD.%20MUSNIZAM%20MUSTAPHA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8744/2/MOHD.%20MUSNIZAM%20MUSTAPHA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8744/3/MOHD.%20MUSNIZAM%20MUSTAPHA%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8744/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun dua yang mengambil kursus Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO. Masalah-masalah ini adalah yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka. Seramai 100 orang pelajar terlibat di dalam kajian kes ini. Kajian kes ini meninjau permasalahan bagi dua pencapaian CPA responden yang mewakili 3.0 ke atas dan 3.0 ke bawah. Responden diminta menjawab soal selidik yang diedarkan. Di dalam borang soal selidik, terdapat hanya enam masalah yang ditinjau untuk tujuan kajian kes. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah rakan sebaya, masalah pensyarah dan masalah pengurusan masa. Hasil kajian mendapati masalah kewangan adalah merupakan masalah yang paling banyak dihadapi oleh pelajar berbanding dengan masalah-masalah yang lain. Masalah-masalah yang lain tidak memberikan kesan yang ketara kepada pencapaian dalam pembelajaran pelajar-pelajar ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar yang terlibat. Diharapkan dengan adanya kajian kes ini dapat meningkatkan lagi pembelajaran semua pelajar di KUiTTHO amnya.