Latihan industri membuka peluang pekerjaan kepada graduan lepasan Politeknik Malaysia

Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk menilai sumbangan latihan industri terhadap peningkatan kemahiran pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik. Tiga kemahiran insaniah yang diskopkan iaitu kemahiran teknikal, kemahiran komunikasi dan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. R...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Azman
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8673/1/24p%20AZMAN%20AHMAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8673/2/AZMAN%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8673/3/AZMAN%20AHMAD%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8673/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk menilai sumbangan latihan industri terhadap peningkatan kemahiran pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik. Tiga kemahiran insaniah yang diskopkan iaitu kemahiran teknikal, kemahiran komunikasi dan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. Responden dipilih secara rawak iaitu 75 responden dari Politeknik Johor Bharu dan 28 responden dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Data dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian Statistic Package of Social Science (SPSS). Taburan min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis kajian ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pihak industri telah menerapkan kemahirankemahiran ini kepada para pelajar (skor min = 3.96). Tahap kemahiran komunikasi pelajar juga menunjukkan berada pada tahap yang tinggi (skor min = 4.06) kecuali sebahagiannya menunjukkan tahap penguasaan yang sederhana iaitu kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (skor min = 3.17), pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi maklumat berada pada tahap (skor min = 3.97) dan kemahiran teknikal pelajar berada pada tahap (skor min = 3.83). Bagi faktor demografi jantina tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengaruh jantina untuk ketiga-tiga kemahiran yang diterapkan. Selain itu, kajian ini juga telah menggariskan faktor keberkesanan program latihan industri mengikut keutamaannya. Secara keseluruhannya, latihan industri yang dijalankan telah dapat meningkatkan kemahiran para pelajar.