Kerangka kecemerlangan bakat bekerja dalam kalangan pelajar teknikal

Ke arah mencapai Revolusi Industri 4.0 kriteria pelajar teknikal diberi penekanan terhadap bakat. Ini boleh dilihat melalui pihak industri yang menyatakan pelajar kurang diperkasakan dalam aspek bakat bagi memenuhi kehendak industri. Tujuan kajian ini mengenal pasti dan membangunkan Kerangka Kons...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Sanusi, Amanina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8395/1/24p%20AMANINA%20MUHAMAD%20SANUSI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8395/2/AMANINA%20MUHAMAD%20SANUSI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8395/3/AMANINA%20MUHAMAD%20SANUSI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8395/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ke arah mencapai Revolusi Industri 4.0 kriteria pelajar teknikal diberi penekanan terhadap bakat. Ini boleh dilihat melalui pihak industri yang menyatakan pelajar kurang diperkasakan dalam aspek bakat bagi memenuhi kehendak industri. Tujuan kajian ini mengenal pasti dan membangunkan Kerangka Konsep Kecemerlangan Bakat Bekerja bagi pelajar teknikal di Malaysian Technical University Network (MTUN). Kajian ini menggunakan reka bentuk Kaedah Bercampur Penerokaan Berjujukan yang mengandungi dua fasa. Pada fasa pertama kaedah kajian (kualitatif) protokol temubual dan fasa kedua kajian tinjauan (kuantitatif). Pada fasa pertama melalui analisis dokumen kekerapan dan temu bual melibatkan 5 pakar iaitu jurutera berpengalaman dari industri bagi meneroka domain dan komponen bakat bekerja. Hasil dapatan menerusi temu bual memperolehi 6 domain dan 46 komponen berkaitan dengan bakat bekerja, walau bagaimanapun hanya 6 domain dan 42 komponen yang telah disepakati oleh pakar dan memenuhi jumlah akhir persetujuan pekali kappa ((κ) > 0.77). Bagi fasa kedua, kajian tinjauan soal selidik dilakukan terhadap 741 pelajar teknikal tahun akhir dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Mekanikal dan Awam di MTUN. Dapatan hasil kajian dianalisis menggunakan Model pengukuran Rasch menggunakan perisian Winsteps bagi kesahan, kebolehpercayaan dan kesesuaian bagi 6 domain dan 42 komponen. Hasil dapatan menunjukkan 6 domain iaitu bakat menjalinkan hubungan, bakat motivasi diri, bakat berfikir, bakat mempengaruhi, bakat teknologi dan bakat pekerjaan yang terdiri daripada 42 komponen yang sesuai digunakan. Berdasarkan 6 domain dan 42 komponen tersebut telah diuji dan disahkan melalui Analisis Komponen Utama (PCA). Tiga syarat wajib bagi menentukan domain dan komponen Kerangka Konsep Kecemerlangan Bakat Bekerja yang dihasilkan bersifat unidimensi (tidak bersandar) telah berjaya dipatuhi (RV Explained antara 41.8-47.7%, V_Unexplained1stContrast antara 5.0-9.9% dan Eigenvalue antara 1.7-2.6). Kerangka Konsep Kecemerlangan Bakat Bekerja ini dapat dijadikan rujukan MTUN dan Institusi TVET lain bagi meningkatkan kualiti diri pelajar teknikal dalam berdaya saing di industri.