Pengolahan kandungan logam berat daripada tanah yang diaplikasi dengan enapcemar domestik melalui kaedah tanah pertanian
Kehadiran logam berat di dalam enapcemar domestik menyukarkan proses rawatan dan pelupusan bahan tersebut. Salah satu kaedah yang berkesan ialah melalui pengaplikasian bahan tersebut kepada tanah pertanian. Kaedah ini dipilih berdasarkan kandungan enapcemar yang mempunyai unsur nutrien yang diper...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8228/1/24p%20MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8228/2/MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8228/3/MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8228/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kehadiran logam berat di dalam enapcemar domestik menyukarkan proses rawatan
dan pelupusan bahan tersebut. Salah satu kaedah yang berkesan ialah melalui
pengaplikasian bahan tersebut kepada tanah pertanian. Kaedah ini dipilih
berdasarkan kandungan enapcemar yang mempunyai unsur nutrien yang diperlukan
untuk tumbesaran tumbuhan, selain menggalakkan proses kitar semula bahan
terbuang disamping kos pengendalian yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk
menentukan kandungan logam berat di dalam enapcemar domestik dan mengolahnya
melalui kaedah tanah pertanian. Kajian ditumpukan kepada enapcemar domestik
daripada empat (4) jenis loji rawatan iaitu enapcemar teraktif, kolam pengoksidaan,
lagun berudara dan tangki septik. Enapcemar diaplikasikan kepada tanah pertanian
pada kadar 0 tlm2, 2 tlm2, 4 tlm2, 6 tlm2, 8 tlm2 dan 10 tlm2 secara semburan
permukaan kepada sel aplikasi yang berkeluasan 0.091 m2
• Sel-sel ditanam dengan
tigajenis tanaman secara berasingan iaitu kangkung (ipomoea aquatica), bayam
(spinacea oleracea) dan sawi (brassicajuncea) dan ditempatkan di kawasan yang
terbuka dengan dilindungi oleh bumbung telus cahaya supaya menyamai persekitaran
semulajadi dan membenarkan kawalan kelembapan tanah dilakukan pada 60 peratus.
Analisis penyerapan logam berat oleh tumbuhan kajian dilakukan terhadap tiga
keratan rentas iaitu bahagian akar, batang dan daun tumbuhan. AnaIisis yang
dilakukan melalui peralatan Plasma Gandingan Aruhan - Spektrometer Jisim, (ICPMS)
mendapati enapcemar domestik mengandungi logam aluminium (AI), kadmium
(Cd), kromium (Cr), kuprum (Cu), ferum (Fe), plumbum (Pb), nikel (Ni), mangan
(Mn), dan zink (Zn). Pengambilan logam oleh tumbuhan kajian pada kadar aplikasi
enapcemar yang berbeza menunjukkan wujudnya hubungan di antara parameter
tersebut secara polinomiaI. Sementara kajian pemekatan logam pada bahagian
tumbuhan mendapati logam lebih cenderung untuk memekat pada bahagian akar
berbanding batang dan daun tumbuhan. Secara keseluruhannya, kajian ini beIjaya
menYUkat kandungan logam berat di dalam enapcemar domestik daripada beberapa
sumber rawatan dan penggunaan tumbuhan beIjaya mengurangkan kepekatan
kandungan logam di dalam enapcemar dan tanah kajian tersebut. |
---|