Program latihan industri: keberkesanannya terhadap Pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson

Kajian yang dijalankan adalah bertajuk " Program Latihan Industri : Keberkesanannya Terhadap Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Port Dickson. Keberkesanan latihan industri dalam kajian ini dilihat dari 3 aspek iaitu peranan yang dimainkan oleh Politeknik Port Dickson, tahap kesedi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramli, Suhana
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8210/1/24p%20SUHANA%20RAMLI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8210/2/SUHANA%20RAMLI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8210/3/SUHANA%20RAMLI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8210/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan adalah bertajuk " Program Latihan Industri : Keberkesanannya Terhadap Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Port Dickson. Keberkesanan latihan industri dalam kajian ini dilihat dari 3 aspek iaitu peranan yang dimainkan oleh Politeknik Port Dickson, tahap kesediaan pelajar dan juga sokongan pihak organisasi terbabit. Sampel kajian ini terdiri daripada 136 orang pelajar iaitu 43 orang pelajar Kejuruteraan Awam, 47 orang pelajar Kejuruteraan Elektrik dan 46 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini dijalankan berdasarkan prosedur kajian yang telah dibuat iaitu dimulakan dengan mengenal pasti masalah dan objektifkajian, pengumpulan data, menganalisis data yang diperoleh dan akhir sekali adalah cadangan atau produk. Pengumpulan data adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Data-data yang diperoleh daripada soal-selidik dianalisis dalam bentuk min dan peratusan menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, satu cadangan produk telah dihasilkan iaitu senarai semak bagi pelajar yang akan menjalani latihan industri. Diharapkan pengkaji akan datang dapat menguji keberkesanan produk ini.