Pembangunan sistem penempahan berkomputer untuk studio pendidikan KUiTTHO

Sistem penempahan berkomputer untuk studio pendidikan merupakan satu perisian untuk kegunaan pensyarah KUiTTHO. Ia digunakan untuk menempah studio pendidikan bagi melaksanakan persembahan pelajar, seminar, kuliah dan sebagainya. Tujuan dibangunkan sistem penempahan ini adalah untuk memperbaiki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saw, Chun Lin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8172/1/24p%20SAW%20CHUN%20LIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8172/2/SAW%20CHUN%20LIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8172/3/SAW%20CHUN%20LIN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8172/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem penempahan berkomputer untuk studio pendidikan merupakan satu perisian untuk kegunaan pensyarah KUiTTHO. Ia digunakan untuk menempah studio pendidikan bagi melaksanakan persembahan pelajar, seminar, kuliah dan sebagainya. Tujuan dibangunkan sistem penempahan ini adalah untuk memperbaiki sistem penempahan studio pendidikan dengan lebih cekap dan efisien. Perisian yang dibangunkan merupakan rekabentuk awal untuk menggantikan sistem manual menempah studio ke arah sistem pengkomputeran. Sistem ini dibangunkan menggunakan Visual Basic 6.0 sebagai perantaraanmuka. Perantaraanmuka ini berfungsi untuk menghubungkan pengguna dengan satu pangkalan data. Dengan itu, pengguna dapat berinteraksi dengan mudah serta mudah difahami melalui program yang dibangunkan. Data-data seperti Nama dan Nombor Pekeija Pensyarah, Jadual Tempahan, Kalendar dan Paparan Tempahan dikumpulkan pada satu pangkalan data. Pangkalan data ini berfungsi sebagai satu storan data yang menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan jadual tempahan. Storan data pula dibangunkan menggunakan Microsoft Access 2000 sebagai pangkalan data. Daripada analisis data yang diperolehi, purata min keseluruhan aspek teknikal ialah 2.71, aspek grafik ialah 3.08, aspek keperluan pengguna ialah 3.25 dan aspek penilaian umum ialah 3.27. Nilai purata min keseluruhan keempat - empat aspek yang diperolehi menunjukkan sistem yang dibangunkan adalah baik dan berkesan. Oleh kerana, aspek teknikal mempunyai purata min keseluruhan terendah. Maka, pembaikan dari segi sistem keselamatan dilakukan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.