Permodelan pendidikan jarak jauh (PJJ) Program Pengurusan Teknologi di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah menjadi satu komponen yang utama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sistem pendidikan ini semakin penting kerana ia menjadi salah satu saluran di dalam melahirkan tenaga keija berpengetahuan untuk negara. Maka pengkaji telah membuat satu kajian yang bertajuk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8150/1/24p%20ASNIZAH%20SAHEKHAINI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8150/2/ASNIZAH%20SAHEKHAINI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8150/3/ASNIZAH%20SAHEKHAINI%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8150/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) telah menjadi satu komponen yang utama di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sistem pendidikan ini semakin penting kerana ia
menjadi salah satu saluran di dalam melahirkan tenaga keija berpengetahuan untuk
negara. Maka pengkaji telah membuat satu kajian yang bertajuk "Permodelan
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Program Pengurusan Teknologi di Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO)". Kajian ini bertujuan untuk
membangunkan Model PJJ dan melihat persepsi pelajar terhadap model yang
dibangunkan terhadap aspek-aspek kaedah perlaksanaan program, sistem
pengurusan, khidmat sokongan dan teknologi pendidikan. Data dipungut daripada 90
orang responden yang terdiri daripada pelajar PJJ di Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) melalui instrumen kajian menggunakan temubual dan borang soal selidik.
Temubual dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat untuk dijadikan
panduan pembinaan model. Manakala soal selidik bertujuan untuk mendapatkan
persepsi pelajar terhadap model yang dibangunkan. Data soal selidik dianalisis
secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 11. Skor min digunakan untuk
mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap aspek-aspek yang difokuskan.
Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar terhadap aspek-aspek yang
dicadangkan adalah tinggi dengan skor min bagi keseluruhan persoalan yang diuji
ialah 4.19 (a = 0.643). |
---|