Hubungan pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dengan pencapaian akademik

Rata-rata ramai pelajar yang menganggap bahawa menyertai aktiviti kolej seperti menjadi pemimpin jawatankuasa tertinggi dalam sesebuah kelab/persatuan adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi akademik pelajar kerana menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran. Kajian ini bertujuan unt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Akmad, Seri Nian
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7921/1/24p%20SERI%20NIAN%20AKMAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7921/2/SERI%20NIAN%20AKMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7921/3/SERI%20NIAN%20AKMAD%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7921/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rata-rata ramai pelajar yang menganggap bahawa menyertai aktiviti kolej seperti menjadi pemimpin jawatankuasa tertinggi dalam sesebuah kelab/persatuan adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi akademik pelajar kerana menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam kelab/persatuan dan hubungan komitmen pelajar terhadap kelab dengan pencapaian akademik mereka jugaperbezaan pencapaian akademik pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dengan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi. Reka bentuk bagi kajian ini adalah deskriptif jenis tinjauan. Seramai 504 bilangan responden yang terdiri seramai 86 orang pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dan seramai 418 orang pelajar yang menjawat jawatan tertinggi. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan kaedah crosstab, kolerasi pearson, ujian-t tidak bersandar dan purata skor. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor minat merupakan faktor utama pelajar menyertai persatuan/kelab. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang menjawat dan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi. Dapatan juga menunjukkan pencapaian akademik pelajar adalah lebih baik apabila mereka meletakkan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti berbanding daripada pelajar yang meletakkan komitmen sederhana dan rendah terhadap kelab. Dapatan juga menunjukkan pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dalam Jawatankuasa Kolej Kediaman mempunyai peratusan pelajar yang paling ramai berada pada pencapaian akademik yang cemerlang dan baik. Manakala bagi analisis kolerasi pearson pula mendapati wujudnya hubungan positif yang sangat lemah iaitupada kadar 0.015 bagi aras keertian 0.01 di antara item komitmen pelajar yang menjawat jawatan tertinggi dan pelajar yang tidak menjawat jawatan tertinggi dalam kelab. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kegiatan kelab/persatuan todak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.