Kecenderungan pemilihan bidang pengkhususan dalam kalangan pelajar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian akademik
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan pemilihan bidang pengkhususan dalam kalangan pelaj ar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 285 pelajar tahun akhir dari setiap fakulti di UTHM telah dipilih sebagai responden kajian ini. Responden telah dipilih secara...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7912/1/24p%20NUR%20AMALINA%20MONTEL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7912/2/NUR%20AMALINA%20MONTEL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7912/3/NUR%20AMALINA%20MONTEL%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7912/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecenderungan pemilihan bidang
pengkhususan dalam kalangan pelaj ar UTHM dan hubungannya dengan pencapaian
akademik. Seramai 285 pelajar tahun akhir dari setiap fakulti di UTHM telah dipilih
sebagai responden kajian ini. Responden telah dipilih secara rawak mudah. Satu set
soal selidik yang mengandungi 35 item soalan telah digunakan sebagai instrumen yang
mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Hasil dapatan kajian ini
telah dianalisis secara deskriptif di dalam Bahagian A dan inferens di dalam Bahagian B
dengan menggunakan perisian SPSS ver. 12.0. Hasil dapatan kajian ini mendapati
bahawa lima faktor yang dikaji iaitu minat, pengaruh ibu bapa, cita-cita, pencapaian
akademik terdahulu dan peluang kerjaya sememangnya mempengaruhi dalam pemilihan
bidang pengkhususan pelajar. Manakala, hasil dapatan bagi minat, pengaruh ibu bapa
dan peluang kerjaya menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antaranya
dengan pencapaian akademik. Sebaliknya hanya faktor cita-cita dan pencapaian
akademik terdahulu mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
akademik, walau bagaimanapun ianya adalah pada tahap yang sangat lemah. Dua
daripada lima hipotesis yang dibentuk ditolak, manakala tiga lagi tidak ditolak. |
---|