Komitmen organisasi, kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah universiti di Kota Batam Indonesia

Universiti adalah salah satu tempat bagi meningkatkan kualiti sumber manusia. Pembangunan pendidikan dalam peringkat universiti di Kota Batam khususnya telah melibatkan pelbagai pihak iaitu pensyarah, universiti, masyarakat serta pelbagai organisasi pendidikan lain. Pencapaian prestasi sebuah...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Hasmurni, Hazriyanto
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2017
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/752/1/24p%20HAZRIYANTO%20HASMURNI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/752/2/HAZRIYANTO%20HASMURNI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/752/3/HAZRIYANTO%20HASMURNI%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/752/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Universiti adalah salah satu tempat bagi meningkatkan kualiti sumber manusia. Pembangunan pendidikan dalam peringkat universiti di Kota Batam khususnya telah melibatkan pelbagai pihak iaitu pensyarah, universiti, masyarakat serta pelbagai organisasi pendidikan lain. Pencapaian prestasi sebuah universiti merangkumi prestasi para pensyarah mahupun pihak pentadbir yang terdapat di universiti dan menjadi penting untuk diperhatikan. Kurangnya kajian mengenai komitmen, kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah di peringkat Universiti. Kajian yang ada biasa ianya dilakukan di sektor syarikat sahaja, sehingga kajian ini perlu dilakukan dalam kalangan pensyarah di peringkat universiti. Objektif dalam kajian ini bagi memastikan hubungan dan sumbangan komitmen organisasi, kepuasan kerja dan prestasi kerja pensyarah. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik melibatkan sampel kajian seramai 179 orang pensyarah universiti di bandar Batam, Indonesia iaitu Universiti Putera Batam, Universiti Batam dan Universiti Riau Kepulauan. Data-data kajian dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian didapati bahawa, komitmen dan prestasi kerja, komitmen dan kepuasan kerja, kepuasan kerja dan prestasi kerja, komitmen dan kepuasan kerja terhadap prestasi kerja mempunyai hubungan positif dan signifikan. Hasil dapatan kajian dapat digunapakai sebagai acuan bagi keperluan institusi, akademisi, dan praktisi dalam membuat standar evauasi. Selain itu, bagi pihak universiti ianya perlu mengambil kira hubungan komitmen organisasi dan kepuasan kerja, kepuasan kerja dan prestasi kerja, serta komitmen organisasi dan prestasi kerja. Selain itu perlu pula mengambil kira hubungan komitmen organisasi dan kepuasan kerja terhadap prestasi kerja, dan faktor lain diluar kajian yang dijalankan seperti faktor demografi, kepengurusan, kepimpinan, budaya organisasi dan lain-lain.