Kecenderungan kerjaya sebagai usahawan di kalangan pelajar bumiputera di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Usahawan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat senario sekarang, masih ramai Bumiputera yang kurang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik tentang tahap kecenderungan keija...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Aripin, Rosilawati
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7429/1/24p%20ROSILAWATI%20MOHD%20ARIPIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7429/2/ROSILAWATI%20MOHD%20ARIPIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7429/3/ROSILAWATI%20MOHD%20ARIPIN%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7429/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Usahawan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat senario sekarang, masih ramai Bumiputera yang kurang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik tentang tahap kecenderungan keijaya sebagai usahawan di kaiangan pelajar Bumiputera tahun akhir Diploma Akauntansi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS). Secara khususnya, kajian ini akan menyelidik sejauh mana cita-cita pelajar Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi pelajar, faktor keluarga, faktor pengajian, pengalaman keija dan faktor persekitaran. Responden kajian terdiri daripada pelajar Bumiputera POLISAS iaitu seramai 51 orang. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan prosedur Ujian T, Crosstabs dan Korelasi Pearson melalui perisian SPSS (Statistical Package For Social Sciences). Dapatan kajian menunjukkan hanya faktor persekitaran (iaitu faktor pihak yang paling mempengaruhi pelajar untuk berniaga) yang dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Faktor-faktor lain didapati kurang memberikan sumbangan dalam menarik minat pelajar untuk cenderung kepada bidang keusahawanan. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat bagi menangani masalah ini agar kaum Bumiputera tidak jauh ketinggalan berbanding kaum lain dan seterusnya memenuhi hasrat kerajaan dalam merealisasikan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masih belum dicapai sepenuhnya hingga ke hari ini.