Amalan kreativiti dan inovasi melalui projek sarjana muda dalam kalangan pelajar kejuruteraan di UTHM
Matlamat negara kini adalah membangun dan memantapkan keupayaan penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (lPT) yang menggalakkan penyelidik tempatan bersaing dalam mencipta teknologi terkini dan menjana inovasi negara di peringkat global. Penglibatan pelajar IPT memainkan peranan yang pentin...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7381/1/24p%20NORADILAH%20SAAD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7381/2/NORADILAH%20SAAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7381/3/NORADILAH%20SAAD%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7381/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Matlamat negara kini adalah membangun dan memantapkan keupayaan
penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (lPT) yang menggalakkan penyelidik
tempatan bersaing dalam mencipta teknologi terkini dan menjana inovasi negara di
peringkat global. Penglibatan pelajar IPT memainkan peranan yang penting dalam
membentuk budaya kreativiti dan inovasi yang dapat diterapkan melalui Projek
Smjana Muda (PSM). Justeru, kajian tinjauan ini dijalankan untuk meninjau
pengamalan kreativiti dan inovasi pelajar dalam melaksanakan PSM. Kajian ini
melibatkan seramai 270 orang sampel kajian yang terdiri daripada pelajar Smjana
Muda Kejuruteraan Elektrik, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam, sesi 200812009 yang sedang menjalankan PSM di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dipilih secara rawak sebagai
responden. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif dengan
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data-data dikumpulkan
dan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 14.0 yang melibatkan statistik
deskriptif dan inferensi. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah skor min,
analisis faktor dan regresi peIbagai. Skor min digunakan bagi menjawab persoalan
kajian untuk melihat pengamalan dan penguasaan pel ajar dalam kreativiti dan
inovasi. Analisi faktor dan regresi pelbagai pula digunakan untuk menjawab
persoalan kajian mengenai faktor utama yang menyumbang kepada kreativiti dan
inovasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mengamalkan kreativiti dan
inovasi semasa melaksanakan PSM tetapi kurang menguasai kreativiti dan inovasi
semasa melaksanakan PSM. Terdapat empat faktor yang menyumbang kepada
kreativiti dan inovasi pelajar seperti individu, sikap positif, galakan dan peribadi.
Faktor individu merupakan faktor yang utama menyumbang kepada kreativiti dan
inovsi. Penyelidik mencadangkan supaya pelajar, pensyarah dan pihak universiti
perlu mempergiatkan usaha untuk melahirkan pelajar yang berkreativiti dan
berinovasi semasa meIaksanakan PSM. |
---|