Metodologi dakwah kepada saudara baru di PERKIM Kelantan: kajian mengenai keberkesanan

Kajian ini dijalankan oleh MOHD SABRI BIN ISMAIL di bawah tajuk: Metodologi Dakwah Kepada Saudara Baru Di PERKIM Kelantan : Kajian Mengenai Keberkesanan. Kajian ini di bawah Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Fokus utama kajian ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Mohd Sabri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7359/1/24p%20MOHD%20SABRI%20ISMAIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7359/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan oleh MOHD SABRI BIN ISMAIL di bawah tajuk: Metodologi Dakwah Kepada Saudara Baru Di PERKIM Kelantan : Kajian Mengenai Keberkesanan. Kajian ini di bawah Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Fokus utama kajian ini ialah untuk melihat metodologi dakwah yang digunapakai oleh PERKIM dalam menggerakkan dakwah kepada saudara baru. Ia juga untuk melihat sejauhmana peranan dakwah yang dimainkan oleh PERKIM khususnya di Kelantan serta melihat keberkesanan program dakwah kepada saudara baru sebagai satu usaha memantapkan pengislaman mereka. Untuk mencapai kearah itu penyelidik telah mendapatkan data�data yang diperlukan dengan mengunakan dua bentuk penyelidikan yang utama, iaitu penyelidikan perpustakaan dan lapangan. Melalui penyelidikan perpustakaan, penyelidik memungut data-data melalui bahan-bahan bercetak. Manakala penyelidikan lapangan pula, penyelidik mendapatkan maklumat daripada pengawai�pegawai PERKIM yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Untuk itu juga penyelidik menyediakan set soalselidik bagi mendapat respon saudara baru untuk mengetahui sejauhmana peranan dan keberkesanan program dakwah PERKIM. Hasil kajian mendapati bahawa PERKIM sebagai sebuah badan dakwah benar-benar berperanan bertepatan dengan objektif penubuhan PERKIM malah sumbangan PERKIM begitu besar dalam dakwah. Ini kerana PERKIM telah melibatkan diri, dalam segenap aspek dakwah kepada saudara baru. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan oleh PERKIM amat berkesan untuk mendidik dan memantapkan saudara baru dengan ajaran Islam. Cuma sikap sesetengah pegawai PERKIM sedikit merencatkan perjalanan dakwah yang lebih baik.